BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 13 December 2011

kerja sekolah bm ku:)

SINOPSIS
Novel ‘ Sutera Dalam Lukisan’ ini memaparkan kisah seorang pemuda yang mengalami konflik jiwa kesan daripada kematian ibunya yang telah dibunuh oleh bapa tirinya. Kenangan silam itu membuatkan Mohamad Hafiz atau dipanggil sebagai Bujie menjadi sasau. Hal ini mengakibatkan Bujei sering menjadi cemuhan, dipandang hina, dan dipermainkan oleh masyarakat kampung. Bapa tirinya, Harun juga sering menyeksanya malah telah cuba mengambil peluang untuk merampas harta peninggalan arwah ibu Bujie. Kehadiran Adila telah mengubah segala-galanya dan Bujei mulai merasai erti sebenar sebuah kehidupan.

Namun banyak dugaan yang terpaksa ditempuhinya bagi meneruskan hubungan persahabatan bersama Adila. Alias yang telah ditolak pinangannya oleh Adila terus menyimpan dendam terhadap Bujei dan Adila. Rancangan jahat telah diaturnya bagi memastikan dia dapat memiliki Adila semula. Bujei telah diperdaya bahawa Adila akan mengahwini Alias. Malahan Adila juga turut difitnah menghidap penyakit AIDS kerana pernah menuntut di luar negara. Disebabkan dendam, Alias meminta khidmat neneknya untuk mendapatkan ilmu pengasih yang boleh membuatkan Adila tunduk kepada kehendaknya.

Alias yang dirasuk kerinduan telah menjadi sasau dan sanggup merayu kepada Bujei untuk mengharapkan simpati serta pengertian daripada Bujei supaya memujuk Adila menerima dirinya. Disebabkan itu, Alias sendiri terpaksa mendapatkan khidmat daripada dukun yang sama dalam usaha untuk memulihkan dirinya. Orang kampung pula melihat perubahan diri Bujei yang berubah menjadi manusia normal berbanding Alias yang kini telah menjadi sasau. Adila telah meluahkan isi hatinya kepada Sidang Saman dan isterinya tentang keputusannya untuk menerima Hafiz sebagai pasangan hidupnya sebelum di berangkat pulang ke kota. Kini, Adila kembali ke kota semula kerana ditawarkan pekerjaan sebagai seorang pensyarah di salah sebuah universiti swasta.












5. PERSOALAN

Tanggungjawab - Adila merasa dia bertanggungjawab untuk memulihkan Bujei daripada keperibadian abnormalnya .

Menghormati hak individu - Bujei akhirnya sedar hanya setelah mendapat bimbingan Adila .

Kasih sayang - Adila membimbing Bujei dengan penuh kasih sayang sehingga Bujei menjadi normal kembali

Tegas dalam mempertahankan pendirian - Wak Senin tegas dengan pendiriannya untuk mengembalikan hak Bujei yang telah dianiaya oleh bapa tirinya .

Tidak mengambil kesempatan - Wak Senin mengembalikan tanah yang dibeli dari Harun kepada Bujei .



















1. Di tebing sungai
Bujei dihurung oleh agas-agas dan nyamuk yang semakin galak lewat petang ketika berada di tepi sungai.

2. Rumah Fatimah
Harun menyepak pelita minyak tanah sehingga menyebabkan kebakaran dan kematian Fatimah.

3. Rumah nenek
Bujei balik ke rumah neneknya setelah ditegur oleh Sidang Saman ketika dia berendam di dalam sungai.

4. Pangkal pokok
Bujei duduk bersandar di pangkal pokok sambil menunggu kanak-kanak sekolah yang lalu-lalang di situ sehingga akhirnya dia terlelap.

5. Pintu pagar sekolah
Bujei menghantar kanak-kanak sekolah sehingga ke pintu pagar sekolah sambil memesan mereka supaya belajar bersungguh-sungguh.

6. Kedai Pak Sulong
Bujei melewati Kedai Pak sulong untuk meraih simpati dan mengharapkan pelawaan daripada pelanggan di situ.

7. Rumah Mak Usu Bakyah
Same’ah dan Adila bertandang ke rumah Mak Usu Bakyah dan berbual-bual panjang sehingga larut malam.

8. Di pekan
Samsul membawa Bujei ke pekan untuk menggunting rambut,membeli radio,jam dan pakaian

9. Rumah ibu bapa Adila
Adila berbincang dengan ayahnya tentang masa depan dan pekerjaannya sebagai pensyarah ketika Adila balik ke rumah ibu bapanya di Kuala Lumpur

10. Rumah Sidang Saman
Adila tinggal bersama-sama keluarga Sidang Saman sementara menunggu dan membantu menjayakan majlis perkahwinan Same’ah yang akan berlangsung.

11. Rumah Mak Som
Bujei ke rumah Mak Som untuk mengambil upah mencuci motosikal Alias.

12. Di bawah pokok belimbing besi
Adilah menanti kedatangan Bujei di bawah pokok belimbing besi dalam pertemuan mereka yang pertama.

13. England
Adila pulang semula ke tanah air setelah melanjutkan pelajarannya di England.

14. Kedai gunting rambut di pekan
Bujei telah menggunting rambutnya di pekan dan berasa hairan apabila melihat dirinya di cermin yang sudah berubah.























2.Plot 

Plot dihuraikan secara kronologi iaitu bersandarkan kepada hukum sebab dan akibat. Manusia yang berbuat baik akan memperoleh pembalasan yang baik juga dan begitulah sebaliknya.

Binaan Plot

(i) Eksposisi(permulaan)

 Menceritakan watak utama iaitu Bujei yang digambarkan sering mengunjungi latar tempat di kampung. Digambarkan juga latar masa iaitu pada waktu senja dan latar masyarakat kampung Bujei yang telah menganggap Bujei sebagai insan abnormal.·

(ii) Perkembangan

 Kematian ibu Bujei yang bernama Fatimah yang dibunuh oleh bapa tirinya merupakan titik hitam dalam kehidupannya. Bujei menjadi sasau dan sering dicemuh dan dipermainkan oleh masyarakat kampung. Perkenalan dengan Adila telah mengubah hidupnya menjadi seorang yang lebih berkeyakinan untuk meneruskan kehidupan. Dalam masa yang sama dia menaruh hati kepada Adila. Adila juga diminati oleh Alias, Sahak dan Faizal, bekas tunangnya.·

(iii) Klimaks

 Alias berusaha menculik Adila dan dengan bantuan neneknya, mencari ubat pengasih untuk mendapatkan Adila.·

(iv) Peleraian

 Adila juga menaruh hati kepada Bujei (Hafiz). Hal ini menyebabkan Alias menjadi sasau kerana cintanya tidak kesampaian. Adila ditawarkan untuk berkhidmat sebagai pensyarah di salah sebuah universiti swasta di kota.·


















Teknik Plot / Teknik Penceritaan

1. Pemerian
Contoh:
 Anak sungai itu tidak begitu lebar. Hanya lebih kurang sembilan meter jarak antara dua belah tebing, tidak dalam dan agak cetek airnya ketika itu.
·
2. Dialog
Contoh:
 ”Lepaskan motor aku ni... aku nak pergi ambil duit,” kata Alias.
·

3. Imbas Kembali
Contoh:
 Dan dia sendiri telah menanam cita-cita untuk mengikut jejak bapanya. Tragedi pertama menimpanya apabila bapanya meninggal dunia dalam satu kemalangan di lebuh raya Karak.
·

4. Imbas Muka
Contoh:
 Mungkinkah penyakit Adila sudah menjadi-jadi? Mungkinkah Adila sudah dibawa ke rumah sakit? Terlintas juga difikirannya untuk menjenguk dan melihat keadaan adila.
·

5. Monolog Dalaman
Contoh:
 Dan sempat juga Adila memikirkan hal Bujei. Mungkin Bujei juga sudah tahu sehingga terasa malu untuk datang menemuinya. Dia terfikir untuk pulang ke kota, meninggalkan kampung yang tidak lagi memberi kedamaian kepadanya.
·

6. Suspens
Contoh:
 Sambil memaki-hamun, kata-kata makian yang sering digunakan oleh Alias ke atas dirinya, Bujei menghayunkan parangnya di arah Alias.
·











10. Peristiwa yang menyayat hati .
Dirumah Fatimah – peristiwa dimana bujei melihat ibunya dipukul oleh harun iaitu bapa tirinya dengan teruk . Harun meminta wang dan seuntas rantai daripada Fatimah. Ibunya enggan memenuhi permintaan itu menyebabkan dia dipukul sehingga pengsan. Bujei cuba menghalang tetapi ditendang dan diterajang oleh bapa tirinya sehingga tidak berdaya lagi untuk membantu ibunya. Tiba-tiba sebuah pelita telah terbalik dan menyalakan api yang akhirnya memusnahkan seluruh rumahnya dalam satu kebakaran yang tidak dapat dikawal lagi. Dia tidak berdaya menyelamatkan ibunya dan ibunya telah terkorban dalam tragedi malang itu.
Di kedai pak sulong - Bujei terus ke kedai Pak Sulong untuk mencari sesuap sarapan pagi sekiranya ada insan yang bersimpati kepadanya.Walau bagaimana pun nasib Bujei kurang baik pada hari itu kerana tiada orang yang sudi mempelawanya makan seperti biasa termasuk Wak Kemat yang baru sahaja keluar dari kedai itu juga tidak mengajaknya seperti biasa.Bujei kecewa lalu duduk sambil menyanyi di tepi kedai itu untuk menarik simpati orang ramai dan air matanya telah berlinangan kerana tidak tahan kesedihan mengenangkan dirinya sehinggalah dia terlena di situ.
Di tebing sungai – harun berjumpa dengan bujei di tebing sungai untuk mendapatkan cap jari bagi menukarkan hakmilik harta pusaka orang tuanya itu. Namun, Bujei meminta borang itu untuk dibaca atau Harun membaca kepadanya terlebih dahulu kerana mengingati pesan Adila supaya berhati-hati sebelum melakukan sesuatu. Permintaan itu telah menimbulkan kemarahan Harun dan memaksa anak tirinya itu menuruti sahaja kehendaknya itu. Dengan pujukan manis akhirnya Bujei seolah-oleh melupakan segala kejahatan Harun terhadapnya dengan menurunkan cap jarinya. Tetapi Bujei telah merosakkan borang tersebut sehingga dimarahi Harun. Bujei ditampar, ditumbuk dan diterajang sekuat hati oleh Harun sehingga mengerang kesakitan. Harun telah meludahi tubuh Bujei sebagai lambang kebenciannya terhadap anak tirinya itu yang telah mengagalkan perancangannya dan hampir cedera terjatuh kerana mengejar Bujei tadi. Bujei tidak sedarkan diri setelah ditinggalkan oleh Harun, begitulah nasibnya angkara sikap panas baran bapa tirinya itu.
Di bangsal -  Setelah menghilangkan diri seketika kemudian Sidang Saman membawa pulang Bujei ke rumahnya dalam keadaan yang parah kesan pukulan Harun dua hari yang lalu. Bujei tinggal di bangsal setelah mandi dan membersihkan dirinya, Samsul telah membawa juadah untuk dimakannya yang teruk kelaparan Pada malam itu Bujei sangat sedih kerana orang kampung mengatakan dia seorang budak bodoh dan sering diperbodoh-bodohkan sehingga dia menerima gelaran itu dan sebenarnya dia tidak bodoh setelah Adila memberi semangat kepadanya. Samsul menyesal kerana dia juga bersikap demikian dan tidak pernah menghormati Bujei yang 10 tahun lebih tua daripadanya. Bujei tidur setelah menolak hasrat keluarganya yang ingin membawa dia ke klinik di pekan esoknya.



7. Peleraian cerita .
Sidang Saman dan Mak Lamah terkejut apabila mengetahui Adila telah memilih Muhamad Hafiz sebagai teman hidupnya walaupun mereka khuatir sama ada ibu bapa Adila boleh menerima atau sebaliknya. Pada awalnya mereka membantah keputusan Adila dengan memberi nasihat dan alasan yang wajar berkenaan pilihannya itu. Mak Lamah mahu Adila memilih seorang lelaki yang setaraf dengannya dari segi pelajaran dan kerjaya untuk menjamin masa depan mereka yang lebih cerah di bandar sana. Mak Lamah tidak mahu Adila terus menganggap semua lelaki di bandar itu sama seperti Faizal yang pernah mengecewakannya dahulu. Adila tetap setia mendengar teguran dan leteran Mak Longnya dan dia juga sudah bersedia menghadapi sebarang reaksi orang tuanya berhubung keputusannya itu.
Akhirnya Sidang Saman meminta isterinya akur dengan kehendak anak saudaranya itu kerana dia percaya Adila mampu membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya. Adila bukan budak hingusan yang perlu mengikut kemahuan orang tua bagi menentukan masa depannya disebabkan dia sudah mempunyai ilmu dan pelajaran yang tinggi sehingga ke luar negara. Pak Longnya yakin keputusan Adila bukan terdorong oleh pujukan nafsu semata-mata tetapi lahir daripada lubuk hatinya yang suci. Walau bagaimanapun mereka telah merahsiakan maklumat tersebut daripada pengetahuan orang lain termasuk Saniah dan Samsul.
Adila akan balik ke Kuala Lumpur untuk memenuhi permintaan orang tuanya supaya berkerja iaitu berkhidmat sebagai seorang pensyarah di sebuah institusi pengajian swasta. Keputusan itu diharapkan tidak mengecewakan Hafiz dan Adila meminta dia mendalami ilmu agama. Bujei tahu esok Adila akan balik ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas pukul sebelas pagi di pekan. Bujei ketawa apabila Adila menceritakan saat pertama kali dia berjumpa dengan Bujei yang amat menakutkan kerana pakaiannya basah kuyup, muka berlumpur dan berjalan seumpama beruang menerkam mangsa. Adila pucat sehingga hampir pengsan sekiranya keseorangan.
Tiba-tiba Adila mengajak Bujei bertandan ke Kuala Lumpur kerana ayahnya pernah mengundang dia ke sana. Bujei juga berhasrat untuk pergi ke Kuala Lumpur tetapi dia bimbang akan sesat apabila tiba di sana kerana Kuala Lumpur sebuah kota yang besar. Spontan mereka menoleh ke lorong di hadapan rumah Sidang Saman terdapat Alias yang mengintai mereka kemudian pergi meninggalkan kawasan itu. Bujei amat bersimpati dengan keadaan Alias yang menerima nasib tidak baik akibat perangai jahatnya terhadap orang lain. Adila kemudiannya mengharapkan Bujei sudi menghantarnya ke setesen bas di Pekan pagi esok dan Bujei bersetuju untuk menghantar Adila ke sana.




9. Watak antagonis .
Watak Antagonis merupakan watak sampingan dalam sesebuah cerita. Ia merupakan watak penentang kepada watak utama. Pertembungan watak utama dengan watak antagonis ini akan mewujudkan konflik dan membolehkan plot berkembang.
ALIAS

PERWATAKAN LUARAN

WATAK
PERNYATAAN
·                     Cucu kepada Opah Arah
·                     Berkawan dengan Sahak dan Sani
·                     Meminang Adila
·                     Pembuli
·                     Suka kepada Adila
·                     Terlibat dalam perlumbaan motor
·                     Cuba menculik Adila
·                     Cuba mengenakan ubat pengasih kepada Adila


PERWATAKAN DALAMAN

PERNYATAAN
HURAIAN
Suka membuli
Alias sering membuli Hafiz seperti menyuruh Hafiz terjun ke dalam sungai kecil dan membenam-benamkan dirinya di dalam air dan dia ketawa melihat perbuatan Hafiz itu

Alias datang ke rumah Hafiz lalu mengambil radio yang baharu dibeli oleh Hafiz. Alias melambung-lambungkan radio itu dan akhirnya Alias menjatuhkan radio itu ke lantai.  Hafiz sedih dan Alias ketawa sepuas-puasnya.
Kejam/tidak berperikemanusiaan
Alias sering mengarahkan Hafiz supaya melakukan perkara-perkara mengikut kesukaannya seperti turun ke dalam sungai dan mengarahkan  Hafiz membasahkan dan mengotorkan badannya. Jika Hafiz enggan, Alias akan memukul, menyepak dan menerajangnya
Mungkir janji
Hafiz mendapatkan Alias selepas membasuh motosikalnya. Alias mengarahkan supaya Hafiz pergi tanpa memberi satu senpun. Alias tidak menunaikan janjinya kepada Hafiz setelah Hafiz selesai membasuh motosikalnya.
Suka menakut-nakutkan orang
Hafiz ketakutan apabila mendengar Adila menyebut perkataan borang dan repot kerana dia pernah dipermainkan oleh Alias yang ingin membawanya kepada polis untuk mengisi borang dan repot
Pendendam
Alias menyimpan perasaan dendam apabila melihat Adila dan Hafiz di bawah pokok belimbing di halaman rumah Sidang Saman. Alias tidak senang melihat Hafiz rapat dengan Adila
Suka membuat fitnah
Alias memberitahu Adila bahawa Hafiz mempunyai penyakit kulit yang boleh berjangkit. Alias juga memberitahu bahawa Hafiz juga mempunyai penyakit yang lebih teruk iaitu penyakit maniac sehingga Adila menjadi cemas apabila mendengarnya
Berterus-terang
Alias memberitahu Adila bahawa tiada guna dia bercakap dengan Hafiz kerana dia mempunyai IQ yang rendah. Alias memberitahu bahawa dia sebenarnya sudah lama berhajat untuk berkenalan dengan Adila

Alias datang ke rumah Hafiz untuk memberitahu bahawa dialah yang meminta Hafiz menyanyi pada malam itu. Tujuannya berbuat demikian adalah kerana ingin memalukan Hafiz tetapi dia tidak menyangka bahawa Hafiz pandai menyanyi.
Mudah perasan
Same’ah memarahi Adila kerana melayan Alias. Pada Same’ah, Alias pantang kalau perempuan suka berbual dengannya kerana mudah timbul perasaan bahawa orang perempuan hendakkannya
Suka merendahkan keupayaan orang
Alias memberitahu rakan-rakannya bahawa dia tidak percaya Adila belajar di seberang laut. Alias mengatakan Adila menipu belajar di sana. Dia menganggap fail yang tertulis perkataan England itu telah dibeli di kedai.
Penipu
Alias memberitahu orang kampung bahawa memiliki bom sehingga orang kampung gempar dan lari bertempiaran

Alias memberitahu orang kampung bahawa Hafiz mengamuk dan ingin mencederakan dirinya jika dia tidak menyerahkan wang kepada Hafiz.

Alias memberitahu Hafiz bahawa dia tidak jadi meminang Adila kerana Adila ada penyakit AIDS. Tunang Adila di Kuala Lumpur juga memutuskan pertunangannya kerana penyakit tersebut. Alias memberitahu Hafiz bahawa Adila meminta dia meminangnya tetapi oleh sebab dia mengetahui keadaan sebenar, dia meminta Tuk Ngah Imam membatalkan sahaja peminangan tersebut.
Suka diampu
Dengan pujian kawan-kawannya, Alias sudah berani mengaku bahawa Adila bakal menjadi isterinya nanti. Alias membayangkan bahawa dia akan bahagia bersama-sama Adila. Sani dan Sahak sudah dapat mengagak bahawa pinangan Alias akan ditolak, tetapi kerana kawan mereka terus mengampunya sekadar untuk menyenangkan hati Alias sahaja.
Suka membuat fitnah
Alias memberitahu Hafiz bahawa Adila terkena penyakit AIDS akibat perbuatan terkutuknya semasa berada di London. Oleh sebab orang Kuala Lumpur sudah tahu Adila mempunyai penyakit AIDS, maka dia membawa diri ke kampung itu.
Angkuh
Di sebalik bakti Adila dan kecelakaan Sahak itu, tidak sedikitpun menyedarkan Alias. Dia memperkecilkan Sahak dan menganggap kecelakaan yang menimpa Sahak adalah kerana keangkuhannya yang ingin berlawan dengannya.
Memiliki sifat kebencian yang tebal
Perubahan Hafiz telah mencabar ego Alias. Orang suruhan yang dapat dijadikan hamba dan alat penghiburnya sudah tidak dapat diperalatkan lagi. Penolakan pinangannya meletakkan dirinya hina. Keintiman Hafiz dengan Adila menjadikan kebenciannya mutlak
Jahat
Alias mengarahkan kawan-kawannya menculik Adila kerana Adila adalah haknya. Kawan-kawannya menyedari perkara jahat yang akan dilakukan oleh Alias. Dia juga menggunakan khidmat neneknya untuk mendapatkan ilmu pengasih supaya Adila tunduk kepadanya.
























4.Sikap-sikap positif hafiz/bujei .
●Berani
-Hafiz menerkam ke arah bapa tirinya, Harun setelah melihat ibunya diterajang sehingga pengsan. Hafiz meredah asap tebal untuk menyelamatkan ibunya dalam kebakaran
-Hafiz menyerang Alias dan menumbuk perut Alias apabila Alias enggan menyerahkan radio sebaliknya menjatuhkan radio itu ke lantai
-Hafiz memberanikan dirinya berdebat dengan Alias. Hafiz mencabar Alias jika Adila berpenyakit, Alias perlu menghalau Adila daripada kampung itu. Alias tidak menduga bahawa Hafiz bertindak balas demikian rupa.
●Penyayang
-Dengan kudrat yang ada, Hafiz bangun menuju ke bilik untuk menyelamatkan ibunya tetapi tidak dapat menembusi asap yang tebal. Dia hanya sempat mendengar batukan ibunya beberapa kali
-Hafiz menahan kesediahan apabila bercerita tentang peristiwa yang menimpa emaknya dan berkali-kali dia menafikan bahawa dia menjadi penyebab kepada kebakaran rumahnya
-Hafiz berat hati meninggalkan Adila bersama dengan Alias. Dia mengintai di celah-celah pokok pisang. Dia bimbang jika Alias dapat mempengaruhi Adila dan Adila akan tertarik kepada Alias
●Patuh
-Hafiz sering mematuhi arahan Alias seperti terjun ke dalam sungai dengan membenam-benamkan dirinya di dalam air
-Hafiz akan mandi, menggosok giri dan membersihkan badan seperti yang dianjurkan oleh Same’ah. Apa-apa suruhan Same’ah tidak pernah diingkarinya.
●Bertanggungjawab
-Hafiz tinggal di rumah neneknya. Walaupun rumah tersebut kurang sempurna, tetapi dia membaiki sendiri rumah itu dan menjaganya dengan baik. Dia menyusun peralatan di dalam rumah itu dengan kemas.
●Tidak berdendam
-Walaupun Harun telah menamparnya kerana dia telah merosakkan borang yang dibawanya, tetapi Hafiz tetap membantu Harun keluar daripada lumpur akibat tersadung akar pokok ketika mengejar Hafiz.


●Ringan tulang
-Hafiz pergi ke rumah Sidang Saman untuk membantu menyiapkan pelamin Same’ah. Pengalaman Hafiz melihat orang membuat astaka pelamin membantunya menyiapkan pelamin tersebut. Keesokan hari, pagi-pagi lagi Hafiz sudah datang ke rumah Sidang Saman untuk membantu apa-apa kerja.
●Berjimat-cermat
-Setiap kali bertemu dengan Wak Senen, Hafiz diberikan duit. Duit-duit itu tidak pernah dibelanjakan sebaliknya dia menyimpan duit-duit tersebut di dalam kendi tembaga dan disorok di bawah rumah
●Sedar akan kekurangan diri
-Sebaik sahaja Samsul memberitahu Hafiz bahawa Adila ingin berjumpa dengannya, dia berasa malu kerana merasakan dirinya tidak padan dengan Adila. Dia bimbang akan pendapat Adila tentang dirinya yang tentu tidak sesuai dengan orang pekan itu.
●Beradab ketika makan
-Hafiz menjaga tertib ketika makan di hadapan Mak Lamah dan keluarganya
●Yakin diri
-Hafiz melihat jiwa dan perasaannya sudah kembali terbentuk setelah dia bersama-sama Adila. Dia melihat suatu kesempurnaan. Hafiz menjadi lebih yakin untuk berhadapan dengan kebenaran. Adila telah memberi satu pengharapan kepadanya supaya berubah.
-Hafiz melangkah tenang ke pentas dan menyampaikan sebuah lagu Bahtera Merdeka. Hafiz mengumandangkan suaranya dengan iringan muzik yang sempurna sehinggalah ke akhirnya. Orang ramai yang pada mulanya bersorak menjadi diam. Mereka tidak menduga Hafiz boleh menyanyi.
●Berani menegakkan hak
-Hafiz sudah berani  untuk menegakkan haknya. Dia sudah tidak takut ketika berhadapan dengan Harun yang datang berjumpa dengannya di tebing sungai untuk mendapatkan tandatangannya.
-Hafiz menumbuk perut Alias. Hafiz mencapai parang panjang. Sambil menghayun-hayun parang panjang itu, Hafiz meminta Alias menggantikan radio yang dirosakkannya itu. Hafiz ingin membakar motor Alias.




8. Kritikan sosial.
Novel yang telah saya kaji ialah novel sutera dalam lukisan . Novel ini mengetengahkan beberapa kritikan sosial terhadap kepincangan masyarakat . Salah satu kritikan yang diutarakan ialah sikap masyarakat kampong yang memandang rendah kepada orang yang kurang bernasib baik . Hal ini ditunjukkan oleh watak Alias yang sentiasa memaki hamun Bujei dan memanggilnya dengan panggilan bodoh serta suka memperbodoh-bodohkannya . Walaupun Bujei sentiasa patuh kepada segala arahan Alias dan menyelesaikan segala tugas yang diberi Alias ,  Alias tetap membenci Bujei dan selalu memburuk-burukkan Bujei kepada Adila dan orang kampong .
Selain itu , kritikan juga ditujukan kepada Harun(ayah tiri Bujei) iaitu seorang suami yang hanya inginkan harta isterinya . Dia memaksa Fatimah memberikannya duit dan telah memukul Fatimah sehingga pengsan apabila Fatimah enggan mematuhi kehendaknya . Fatimah telah mati dalam satu kebakaran yang disebabkan oleh Harun dan harta Fatimah telah jatuh kepada anaknya , Bujei .
Kesimpulannya , pengajaran dan nilai murni yang telah diselitkan oleh pengarang dalam penceritaan novel ini dapat dijadikan teladan dan tauladan kepada pembaca .
















6.Konflik dalaman watak utama(Hafiz/Bujei).
Bujei adalah watak utama dalam Novel Sutera Dalam Lukisan dan antara konflik dalaman Bujei dalam novel ini ialah:
Bujei mengalami tekanan jiwa disebabkan ayah tirinya, Harun . Harun telah memukul Fatimah sehingga pengsan apabila dia enggan mematuhi kehendaknya . Bujei yang cuba membantu ibunya itu telah diterajang oleh Harun . Kemudian , Harun telah terlanggar pelita dan menyebabkan rumah mereka telah terbakar . Fatimah telah terkorban dalam kebakaran itu . Harun telah menyalahkan Bujei dengan mengatakan kepada orang kampong bahawa Bujei yang suka bermain api dan telah membuatkan rumah mereka terbakar . Orang kampong mempercayai kata-kata Harun dan menyalahkan Bujei diatas segala yang berlaku . Bujei tidak dapat membetulkan keadaan . Kenangan silam itu membuatkan Mohamad Hafiz atau dipanggil sebagai Bujie menjadi sasau. Hal ini mengakibatkan Bujei sering menjadi cemuhan, dipandang hina, dan dipermainkan oleh masyarakat kampung. Bapa tirinya, Harun juga sering menyeksanya malah telah cuba mengambil peluang untuk merampas harta peninggalan arwah ibu Bujie. Kehadiran Adila telah mengubah segala-galanya dan Bujei mulai merasai erti sebenar sebuah kehidupan.
Konflik lain adalah Bujei bersama Alias .
Bujei menaruh hati terhadap Adila . Alias yang dengki dan cemburu melihat Adila dan Bujei telah menyebarkan pelbagai cerita buruk mengenai mereka dan telah memburuk-burukkan Bujei di depan Adila . Kehadiran Adila telah mengubah segala-galanya dan Bujei mulai merasai erti sebuah kehidupan. Namun banyak ranjau duri yang terpaksa diharunginya untuk meneruskan hubungan persabahatan bersama Adila. Alias yang turut menyimpan perasaan terhadap Adila terus menyimpan dendam terhadap Bujei dan Adila. Satu demi satu rancangan jahat diatur dalam usaha untuk memiliki Adila. Bujei diperdaya hingga akhirnya dia mempercayai Adila akan mengahwini Alias malah Adila turut difitnah menghidap penyakit AIDS kerana pernah menuntut di luar negara. Dendam yang kian membara menyebabkan Alias meminta khidmat neneknya untuk mendapatkan ilmu pengasih yang akan mendorong Adila tunduk kepada kehendaknya. Alias yang dirasuk kerinduan akhirnya telah menjadi sasau dan sanggup merayu kepada Bujei untuk mengharapkan simpati serta pengertian daripada Bujei supaya memujuk Adila menerima dirinya. Akhirnya, Alias sendiri terpaksa mendapatkan khidmat daripada dukun yang sama dalam usaha untuk memulihkannya. Orang kampung pula kini telah melihat perubahan diri Bujei yang menjadi manusia normal berbanding Alias yang kini telah mengambil alih tempat Bujei.





3. Unsur saspen.
Teknik plot saspens dan kejutan digunakan oleh pengarang dalam novel ini. Teknik saspens bermaksud teknik yang digunakan oleh pengarang sehingga membuatkan pembaca tertanya-tanya peristiwa yang akan berlaku seterusnya sehingga mendorong pembaca untuk membaca karya sehingga selesai. Contoh peristiwa yang menggunakan teknik ini ialah Hafiz terjun ke dalam sungai dan membenam-benamkan dirinya di dalam air yang separas betis apabila mendengar bunyi motorsikal. Peristiwa ini menyebabkan pembaca tertanya-tanya sebab Hafiz berkelakuan sedemikian sehingga mendorong pembaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Seterusnya, teknik kejutan pula bermaksud pembaca terkejut apabila watak berkelakuan seperti tidak dijangka. Contoh peristiwa yang menggunakan teknik sedemikian ialah Hafiz menyerang sambil menumbuk perut Alias. Dia mencapai parang panjang menyebabkan Alias  ketakutan. Sambil menghayun-hayun parang panjang itu, Hafiz meminta supaya Alias menggantikan radio yang telah dirosakkan oleh Alias. Hafiz juga ingin membakar motor Alias jika dia tidak menggantikan radio tersebut. Peristiwa ini mengejutkan pembaca kerana tidak menyangka Hafiz yang digambarkan seorang yang lemah dan menjadi mangsa buli sanggup berbuat demikian demi menegakkan haknya.

2 comments:

Kay Sablihan said...

tade bnde ag best ke.?

effaaffiana said...

diamlah . aku buat bkn nk bercrita:)